Pemuliharaan Kraf PKKM

  • Home
  • Pemuliharaan Kraf PKKM

Pemuliharaan Kraf PKKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pemuliharaan Kraf PKKM, Museum, .

INFO KRAFKain Sarung, 2007Hajah Zainab @ Ngah binti MamatTokoh Kraf Negara 2002Jom beramai-ramai berkunjung ke Muzium Kr...
22/04/2022

INFO KRAF

Kain Sarung, 2007
Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat
Tokoh Kraf Negara 2002

Jom beramai-ramai berkunjung ke Muzium Kraf Kuala Lumpur untuk menyaksikan Pameran Ratu Kain: Kemegahan Warisan Negara.

MASUK ADALAH PERCUMA !!
🔹Isnin - Ahad
🔹10.00 pagi - 5.00 petang
🔹Muzium Kraf Kuala Lumpur , Jalan Conlay

Untuk melihat koleksi kraf, sila layari Google Arts and Culture :
https://artsandculture.google.com/partner/malaysian-handicraft-development-corporation

•••


















INFO KRAFBaju Kurung, 1995Hajah Zainab @ Ngah binti MamatTokoh Kraf Negara 2002Jom beramai-ramai berkunjung ke Muzium Kr...
18/04/2022

INFO KRAF

Baju Kurung, 1995
Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat
Tokoh Kraf Negara 2002

Jom beramai-ramai berkunjung ke Muzium Kraf Kuala Lumpur untuk menyaksikan Pameran Ratu Kain: Kemegahan Warisan Negara.

MASUK ADALAH PERCUMA !!

🔹Isnin - Ahad
🔹10.00 pagi - 5.00 petang
🔹Muzium Kraf Kuala Lumpur , Jalan Conlay

Untuk melihat koleksi kraf, sila layari Google Arts and Culture :
https://artsandculture.google.com/.../malaysian...

•••


















INFO KRAFSelendang Limar Bersongket, 1995Hajah Zainab @ Ngah binti MamatTokoh Kraf Negara 2002Jom beramai-ramai berkunju...
06/04/2022

INFO KRAF

Selendang Limar Bersongket, 1995
Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat
Tokoh Kraf Negara 2002

Jom beramai-ramai berkunjung ke Muzium Kraf Kuala Lumpur untuk menyaksikan Pameran Ratu Kain: Kemegahan Warisan Negara.

MASUK ADALAH PERCUMA !!

🔹Isnin - Ahad
🔹10.00 pagi - 5.00 petang
🔹Muzium Kraf Kuala Lumpur , Jalan Conlay

Untuk melihat koleksi kraf, sila layari Google Arts and Culture :

https://artsandculture.google.com/partner/malaysian-handicraft-development-corporation

•••


















25/02/2022

Sekalung tahniah kepada Encik Norhaiza bin Noordin atas penganugerahan sebagai Tokoh Kraf Negara 2022.

Majlis penganugerahan telah dilaksanakan semasa Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2022 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 24 Februari 2022 di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.














Sehari selembar benang,Lama-lama menjadi kain,Kain kita warisan gemilang,Sukar diganti dengan yang lain.Jom beramai-rama...
25/02/2022

Sehari selembar benang,
Lama-lama menjadi kain,
Kain kita warisan gemilang,
Sukar diganti dengan yang lain.

Jom beramai-ramai berkunjung ke Muzium Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan 2022 untuk menyaksikan Pameran Ratu Kain: Kemegahan Warisan Negara.

Pameran ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali kehalusan serta keindahan songket yang diterjemahkan melalui karya tenunan Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf Songket.

MASUK ADALAH PERCUMA !!

🔹23 Februari - 7 Mac 2022
🔹10.00 pagi - 10.00 malam
🔹Muzium Kraf Kuala Lumpur , Jalan Conlay

•••


















TOKOH KRAF NEGARA 2007Puan Hajah Habibah dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 5 Februari 1948, namun demi kecintaan y...
23/02/2022

TOKOH KRAF NEGARA 2007

Puan Hajah Habibah dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 5 Februari 1948, namun demi kecintaan yang tinggi terhadap tenunan songket, beliau telah memilih untuk bermaustautin di Kampung Rhu Renggeh, Marang, Terengganu. Beliau yang mewarisi jiwa seni daripada ayahnya telah mendapatkan pendidikan dalam jurusan tekstil di Institut Teknologi MARA pada tahun 1971 serta mempunyai pengalaman hampir sedekad bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Puan Hajah Habibah telah mencetuskan inovasi dengan menghasilkan reka corak kontemporari namun masih menyerlahkan ciri tradisi. Beliau telah berjaya mengkomersialkan fungsi dan kegunaan tenunan songket kepada pakaian tradisional, karya ekslusif, hiasan dalaman, cenderamata dan aksesori melalui sentuhan peribadi yang unik serta eksklusif dalam setiap reka bentuk, warna serta teknik yang digunakan. Beliau ialah perintis yang mempelbagaikan penggunaan warna benang emas serta mengaplikasikan teknik tenunan ikat pua dalam tenunan songket.

https://artsandculture.google.com/.../malaysian...















TOKOH KRAF NEGARA 2002Puan Hajah Zainab @ Ngah atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Ngah’ dilahirkan di Kampung Gelung...
22/02/2022

TOKOH KRAF NEGARA 2002

Puan Hajah Zainab @ Ngah atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Ngah’ dilahirkan di Kampung Gelung Gajah, Kuala Terengganu, Terengganu pada 22 Disember 1942. Beliau mula menceburkan diri secara serius dalam bidang seni kraf tenunan ketika berusia 13 tahun.

Mak Ngah seorang yang positif dan kreatif dalam menghasilkan tenunan songket yang halus dengan keindahannya yang tersendiri. Hasil tenunan beliau dipelbagaikan dengan kekuatan motif dan reka corak tradisional serta penggunaan bahan seperti benang sutera dan kapas yang berkualiti.

Beliau telah mengilhamkan ‘Terengganu Songket’ yang merupakan sebuah galeri khusus bagi menghimpunkan koleksi tenunan songket Terengganu yang ditempatkan di kediamannya. Beliau telah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2002.

https://artsandculture.google.com/.../malaysian...















ADIGURU KRAF SONGKETPuan Hajah Dayang Norsalam dilahirkan di Sarikei, Sarawak pada 4 Ogos 1943 dan mula bergiat aktif da...
21/02/2022

ADIGURU KRAF SONGKET

Puan Hajah Dayang Norsalam dilahirkan di Sarikei, Sarawak pada 4 Ogos 1943 dan mula bergiat aktif dalam bidang seni kraf tenunan seawal usia 18 tahun. Beliau mewarisi kemahiran menenun songket daripada keluarganya dan sehingga kini beliau telah menurunkan kemahiran yang dimilikinya kepada generasi muda tempatan dalam mengendalikan projek menenun songket Sarawak.

Puan Hajah Dayang Norsalam telah mencetuskan inovasi dengan menghasilkan teknik ‘sembunyi benang’ dalam menghasilkan songket Sarawak. Antara motif yang menjadi pilihan beliau ialah bunga mawar, tampok pedada, corak emak rebung, bunga cabit, koyak tersusun, bunga semalu dan bunga cengkih. Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Songket Sarawak pada tahun 1995.

https://artsandculture.google.com/.../malaysian...















Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuliharaan Kraf PKKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your museum to be the top-listed Museum?

Share