24/02/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Majlis ini diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi serangan di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor selaku wakil rasmi Ketua Polis Negara.
Peristiwa tersebut menyaksikan keberanian luar biasa anggota polis dan keluarga mereka dalam mempertahankan balai daripada serangan pengganas komunis. Walaupun berdepan dengan kekuatan musuh yang jauh lebih ramai dan lengkap bersenjata, mereka tetap teguh mempertahankan kedaulatan tanah air sehingga ke titisan darah terakhir.
Tragedi bersejarah ini bukan sahaja terpahat sebagai detik hitam dalam lipatan sejarah negara, malah menjadi simbol keberanian, kesetiaan dan semangat juang warga pasukan dalam mempertahankan keamanan serta keselamatan negara.
Majlis turut diserikan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat, diikuti dengan penyerahan sumbangan oleh YDH Ketua Polis Johor kepada pihak Masjid Jamek Bukit Kepong. Beliau bersama rombongan serta tetamu jemputan kemudiannya menziarahi pusara pejuang Bukit Kepong sebagai tanda penghormatan dan mengenang jasa mereka.
Seterusnya, YDH Ketua Polis Johor telah melawat Galeri Darurat Bukit Kepong dan menyampaikan ucapan YDH Ketua Polis Negara. Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada waris pejuang Bukit Kepong sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka. Majlis kemudian diteruskan dengan tazkirah Ramadan serta jamuan berbuka puasa.