Mediatheque FINAS

Mediatheque FINAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mediatheque FINAS, History Museum, National Film Development Corporation (FINAS), Jalan Utara PJS 2, Petaling Jaya.

Sempena Hari Membaca, mari kita renung kembali betapa besarnya kuasa sebuah buku. Membaca bukan sekadar menambah informa...
23/04/2026

Sempena Hari Membaca, mari kita renung kembali betapa besarnya kuasa sebuah buku. Membaca bukan sekadar menambah informasi, tetapi ia mengasah daya pemikiran kreatif dan memperkayakan jiwa.

Perjalanan ilmu bermula dengan niat yang kecil. Cukup dengan 10 minit sehari, kita mampu mengubah landskap pemikiran kita. Selamat Hari Membaca buat semua rakyat Malaysia!

Filem baharu: Libang Libu angkat tema perpaduan..
22/04/2026

Filem baharu: Libang Libu angkat tema perpaduan..

Sejarah sering fokus kepada tokoh lelaki, tetapi Arkib menyimpan gambar-gambar hebat tentang penglibatan wanita. Di Kual...
22/04/2026

Sejarah sering fokus kepada tokoh lelaki, tetapi Arkib menyimpan gambar-gambar hebat tentang penglibatan wanita. Di Kuala Kangsar, ribuan wanita Melayu turun ke jalanan membawa sepanduk menentang Malayan Union. Ini dianggap sebagai kebangkitan politik wanita pertama yang terancang di Tanah Melayu. Mereka bukan sekadar suri rumah, tetapi penggerak utama yang berani berdepan dengan pegawai British.

"Info ini disahkan melalui rekod dalam simpanan Arkib Negara Malaysia"

Tugu Negara Malaysia.Idea asal Tugu Negara berubah sepenuhnya selepas Tunku Abdul Rahman melawat Memorial Perang Marine ...
21/04/2026

Tugu Negara Malaysia.

Idea asal Tugu Negara berubah sepenuhnya selepas Tunku Abdul Rahman melawat Memorial Perang Marine Corps di Washington pada tahun 1960. Terpegun dengan kehebatan tugu tersebut, Tunku telah meminta pengukir yang sama, Felix de Weldon, untuk membina Tugu Negara kita. Itulah sebabnya jika anda perhatikan, gaya seni bina Tugu Negara mempunyai pengaruh estetik Barat yang kuat.

"Info ini disahkan melalui rekod dalam simpanan Arkib Negara Malaysia".

Kapal Terbang Pertama Mendarat di Kuala Lumpur (1911).Sebelum adanya KLIA atau Subang, di mana kapal terbang pertama men...
20/04/2026

Kapal Terbang Pertama Mendarat di Kuala Lumpur (1911).
Sebelum adanya KLIA atau Subang, di mana kapal terbang pertama mendarat?

Kapal terbang pertama (sebuah pesawat biplane) mendarat di Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka) pada tahun 1911. Arkib mempunyai rekod bagaimana ribuan penduduk Kuala Lumpur berkumpul dengan perasaan takut dan kagum melihat "burung besi" gergasi yang mereka tidak pernah bayangkan sebelum itu.

"Info ini disahkan melalui rekod dalam simpanan Arkib Negara Malaysia"

Tahukah anda?
13/04/2026

Tahukah anda?

04 April 2026, Hari kedua sempena Program MADANI Rakyat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Ipoh, menyaksikan suasana yan...
05/04/2026

04 April 2026, Hari kedua sempena Program MADANI Rakyat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Ipoh, menyaksikan suasana yang cukup meriah di reruai Kementerian Komunikasi dengan pelbagai aktiviti interaktif yang dibawa khas oleh FINAS diwakili Unit Mediatheque, seperti pengalaman VR dan AR yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Turut diserikan lagi dengan sesi kuiz santai serta pengagihan goodie menarik. Selain daripada itu penampilan istimewa artis jemputan Fendi Mohamad, dan lebih bermakna apabila reruai ini turut menerima kunjungan YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang meluangkan masa meninjau sendiri aktiviti serta kemudahan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

HARI INI DALAM SEJARAHKisah Keberanian Tanpa GentarHari ini dalam tahun 1950, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pen...
23/02/2026

HARI INI DALAM SEJARAH

Kisah Keberanian Tanpa Gentar

Hari ini dalam tahun 1950, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pengganas komunis semasa era Darurat Malaya.

25 anggota polis, bersama keluarga mereka dan penduduk kampung, berjuang mempertahankan balai polis walaupun dikelilingi musuh dan api membakar.

Peristiwa ini bukan sekadar pertempuran, ia simbol keberanian, pengorbanan dan semangat juang pasukan keselamatan Malaysia.

Hari ini, kisah mereka terus diingati sebagai inspirasinya rakyat Malaysia menghadapi cabaran dengan berani.

Sejarah animasi di Malaysia bermula sejak era 1940-an melalui animasi berbentuk propaganda dan pendidikan, dipelopori to...
20/02/2026

Sejarah animasi di Malaysia bermula sejak era 1940-an melalui animasi berbentuk propaganda dan pendidikan, dipelopori tokoh seperti Hassan Abd Muthalib. Perkembangannya diteruskan oleh Filem Negara Malaysia dan siaran televisyen tempatan dengan karya seperti Hikayat Sang Kancil. Memasuki era digital pada 1990-an, penggunaan teknologi CGI membuka lembaran baharu sehingga lahirnya animasi popular seperti Upin & Ipin yang berjaya mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Salam Ramadhan daripada Unit Mediatheque.
19/02/2026

Salam Ramadhan daripada Unit Mediatheque.

Tahukah Anda?
13/02/2026

Tahukah Anda?

Address

National Film Development Corporation (FINAS), Jalan Utara PJS 2
Petaling Jaya
46200

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mediatheque FINAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Mediatheque FINAS:

Share

Category