Artport Community

Artport Community Artport Community adalah sebuah NGO yang menjalankan khidmat sosial dalam bidang kesenian dan pendidikan seni. Sokongan anda semua amatlah disanjung tinggi.

Salam perkenalan buat pencinta seni; seniman, artis, pelukis, pengarca, pereka, penulis, pemuzik, pengumpul, pembeli, pengkritik, dan semua yang boleh dikaitkan dengan seni. Alhamdulillah, tertubuhnya sebuah badan bukan kerajaan ini, yakni NGO yang dinamakan Artport Community. Sejarahnya bermula sekitar tahun 2002, Artport pertama kali digerak oleh satu komuniti seni yang dikenali dengan nama Stud

io Dikala Jingga - bekerjasama dengan Galeri Shah Alam sebagai lokasi - di mana mereka menjalankan aktiviti seni yang santai seperti melukis, menjual hasil kerja seni dan bermain muzik dengan matlamat menggerakkan aktiviti seni bersama khalayak. Artport kemudiannya turut dibantu dengan komuniti lain seperti Komuniti Jalan Kempas di Shah Alam dan Komuniti Layar Tancap. Namun begitu, setelah beraktiviti selama setahun, Artport terpaksa dihentikan atas kekangan masa dan kekurangan dana. Kini, Artport mahu dibangunkan semula dengan lebih serius. Langkah pertama, Artport didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah mengikut perlembagaan dengan pelantikan ahli jawatankuasa tetap untuk menjalankan kerja murni ini; memfokuskan kepada khidmat komuniti dalam kerja kesenian, serta penganjuran acara kesenian bersifat kolektif yang akan diadakan di lokasi-lokasi tertentu (akan dikemaskini dari semasa ke semasa). Artport Community berharap kita semua sebagai pencinta seni dapat sama-sama menyumbang apa yang termampu sehingga seni dapat menjengah setiap rasa khalayak dan mendapat perhatian yang sewajarnya. Terima kasih.

Address

No. 18, Jalan 16/4, Seksyen 16, Petaling Jaya
Petaling Jaya
46350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Artport Community posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share