SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM)

SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM) SM Sains Sembrong telah diserahkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada bulan April 2011.

✨ π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π— π—”π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗔𝗗𝗔𝗕 & 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯ βœ¨πŸŽ‚ Januari hingga April 2026 πŸŽ‚πŸ“… Tarikh : 29 April 2026πŸ•’ Masa : 7.30 malam –...
07/05/2026

✨ π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π— π—”π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗔𝗗𝗔𝗕 & 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯ ✨
πŸŽ‚ Januari hingga April 2026 πŸŽ‚

πŸ“… Tarikh : 29 April 2026
πŸ•’ Masa : 7.30 malam – 9.00 malam
πŸ“ Tempat : Dewan Makan Al Maidah

🌹 Dalam indahnya sebuah pertemuan, terjalin erat sebuah ukhuwah.
Majlis ini bukan sekadar santapan bersama dan meraikan ulang tahun kelahiran, tetapi menjadi medan menyemai kasih sayang, memperkukuh silaturahim serta menghidupkan nilai kebersamaan dalam keluarga besar SASEM.

πŸ’« Gelak tawa yang dikongsi, doa yang dipanjatkan serta kebersamaan yang diraikan menjadi simbol keharmonian dan perpaduan yang sentiasa mekar dalam jiwa warga sekolah. Semoga setiap detik yang tercipta menjadi kenangan indah dan pengikat ukhuwah yang berkekalan.

πŸŽ‰ Selamat menyambut hari lahir kepada semua insan istimewa kelahiran Januari hingga April.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta kejayaan yang cemerlang dalam setiap langkah kehidupan. 🌷

IHSAN ILMU KHALIFAH


✨ MAJLIS APRESIASI SM SAINS SEMBRONG KALI KE-12 βœ¨β€‹Debaran kian terasa! Hanya 3 hari sahaja lagi sebelum kita meraikan ke...
06/05/2026

✨ MAJLIS APRESIASI SM SAINS SEMBRONG KALI KE-12 ✨

​Debaran kian terasa! Hanya 3 hari sahaja lagi sebelum kita meraikan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak permata SM Sains Sembrong.

​Majlis gilang-gemilang ini akan disempurnakan oleh:

🎀 Tn. Hj. Ayub bin Ibrahim
(Pegawai Pendidikan Daerah Kluang)

​Maklumat majlis adalah seperti berikut:

πŸ—“ Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Khalifah

​Kepada ibu bapa dan penjaga yang telah menerima surat undangan, pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Kehadiran tuan/puan merupakan pembakar semangat buat anak-anak kita.

​Jumpa anda di sana! πŸŽ“πŸ…
​

✨ USRAH REMAJA MADANIπŸŒ™ β€œVibes Iman: Recharge”Program penuh inspirasi ini telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April ...
01/05/2026

✨ USRAH REMAJA MADANI
πŸŒ™ β€œVibes Iman: Recharge”

Program penuh inspirasi ini telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Dewan Khalifah, SM Sains Sembrong.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran tokoh ilmuwan dan pemimpin berwibawa, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang telah menyampaikan pengisian penuh hikmah, menyentuh jiwa serta membangkitkan kesedaran rohani dalam kalangan para pelajar.

Dengan tema β€œVibes Iman: Recharge”, program ini menjadi platform terbaik untuk menyuburkan iman, memperkukuh jati diri serta membina generasi remaja yang seimbang dari aspek intelektual dan spiritual. Setiap perkongsian yang disampaikan membuka ruang refleksi diri, sekaligus menyuntik semangat baharu dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin dalam melahirkan Remaja Madani yang berakhlak mulia, berilmu dan berdaya saing.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. 🌟

IHSAN ILMU KHALIFAH


🎀 PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-51(Pusingan Awal Zon Selatan – Kategori Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)Au...
01/05/2026

🎀 PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-51
(Pusingan Awal Zon Selatan – Kategori Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)

Aura intelektual dan keunggulan wacana terpancar hebat sepanjang Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-51 yang berlangsung pada 28 hingga 30 April 2026 di SM Sains Segamat. Medan perdebatan ini menyaksikan kehebatan para pembahas muda mengupas isu dengan hujah bernas, retorik tajam dan karisma luar biasa.

Bagi kategori Bahasa Melayu, pasukan telah mencipta impak yang mengagumkan dengan kejayaan melayakkan diri ke peringkat akhir kebangsaan. Lebih membanggakan, gelaran Pembahas Terbaik telah dinobatkan kepada Hana Amina binti Rosnan hasil ketajaman hujah dan keunggulan gaya penyampaian yang memukau.

Tidak kurang hebatnya, bagi kategori Bahasa Inggeris, pasukan turut melakar kejayaan gemilang apabila berjaya menempah tiket ke peringkat akhir kebangsaan. Kecemerlangan individu turut terserlah apabila Nur Khayra Sofea dinobatkan sebagai Best Speaker, membuktikan keupayaan luar biasa dalam menguasai pentas debat dengan penuh keyakinan dan intelektual tinggi.

Kejayaan berganda ini bukan sahaja mencerminkan kehebatan daya fikir dan kematangan berhujah para peserta, malah menjadi simbol kecemerlangan sekolah dalam melahirkan generasi pemikir kritis bertaraf nasional.

Tahniah dan syabas kepada semua pembahas serta jurulatih atas pencapaian yang membanggakan ini. Teruskan melakar kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah ke persada yang lebih tinggi! πŸ”₯✨

IHSAN ILMU KHALIFAH


πŸ€ KEJOHANAN BOLA KERANJANG SBP JOHOR 2026 (KATEGORI LELAKI & PEREMPUAN)Kejohanan Bola Keranjang SBP Johor 2026 bagi kate...
01/05/2026

πŸ€ KEJOHANAN BOLA KERANJANG SBP JOHOR 2026 (KATEGORI LELAKI & PEREMPUAN)

Kejohanan Bola Keranjang SBP Johor 2026 bagi kategori lelaki dan perempuan telah berlangsung pada 26 hingga 30 April 2026 di dua lokasi utama iaitu SM Sains Johor dan SM Sains Batu Pahat.

Bagi kategori lelaki, pasukan telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan dengan muncul sebagai Johan Kumpulan C dan seterusnya menamatkan saingan di kedudukan Tempat Kelima keseluruhan. Kejayaan ini turut diserikan dengan pencapaian individu:

πŸ€ Top Scorer: Muhammad Farrel Rifqi
πŸ€ Top Steal: Muhammad Haziq bin Yusri

Manakala bagi kategori perempuan, pasukan turut menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang kejohanan. Lebih manis, anugerah Penjaring Terbanyak berjaya diraih oleh:

πŸ€ Nur Dinie Haziqa binti Husaini
Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih atas komitmen, usaha gigih serta semangat kesukanan yang tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang! πŸ’ͺπŸ”₯

IHSAN ILMU KHALIFAH



πŸ‘ KEJOHANAN HOKI SBP JOHOR KATEGORI LELAKI 2026Telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sengit K...
01/05/2026

πŸ‘ KEJOHANAN HOKI SBP JOHOR KATEGORI LELAKI 2026

Telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sengit Kejohanan Hoki SBP Johor Kategori Lelaki 2026 pada 27 hingga 29 April 2026 bertempat di SM Sains Kota Tinggi (SAKTI) / SSTMI, Bandar Penawar.

Pasukan telah mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang kejohanan dan berjaya meraih Tempat Ketiga πŸ₯‰, satu pencapaian yang membanggakan hasil usaha, disiplin dan komitmen tinggi semua pemain.

Lebih membanggakan, anugerah Penjaring Terbanyak telah dirangkul oleh Faris Aisy Bin Zaitol Adhar atas kehebatan dan ketajaman beliau di hadapan gol.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih atas kejayaan ini. Semoga terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang! πŸ’ͺπŸ”₯

IHSAN ILMU KHALIFAH



KEJOHANAN KRIKET PUSINGAN PERTAMA SBP 2026Rentak permainan yang penuh strategi, disiplin tinggi serta semangat juang yan...
27/04/2026

KEJOHANAN KRIKET PUSINGAN PERTAMA SBP 2026

Rentak permainan yang penuh strategi, disiplin tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur telah dipamerkan oleh pasukan kriket dalam Kejohanan Kriket Pusingan Pertama SBP 2026 yang berlangsung dari Khamis hingga Ahad, 23 hingga 26 April 2026 bertempat di STJ, Negeri Sembilan.

Setiap balingan, setiap pukulan dan setiap gerakan di padang mencerminkan kesungguhan luar biasa pasukan dalam menghadapi saingan sengit daripada sekolah-sekolah terbaik SBP. Hasilnya, pasukan berjaya meraih pencapaian yang membanggakan sebagai:

🏏 Naib Johan Kumpulan C

Lebih membanggakan, dua pemain telah mencuri tumpuan dengan prestasi cemerlang apabila dinobatkan sebagai:
🌟 Player of the Match

Muhammad Adam bin Mohd Shahrol Shafiq (SASEM vs SAKBA)
Nik Alif Amsyar bin Nik Azman (SASEM vs SASER)

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas usaha, komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan.

πŸ”₯ Teruskan momentum kecemerlangan! Jadikan setiap pengalaman di padang sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih hebat. Perjalanan masih jauh β€” tingkatkan latihan, mantapkan strategi dan kembali dengan prestasi yang lebih gemilang!

SASEM di hati, kriket di jiwa β€” melangkah gagah menuju kejayaan! 🏏πŸ’ͺ

IHSAN ILMU KHALIFAH


KEJOHANAN BOLA JARINGPUSINGAN KELAYAKAN PERINGKAT SBP JOHOR 2026Semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh dan kesep...
27/04/2026

KEJOHANAN BOLA JARING
PUSINGAN KELAYAKAN PERINGKAT SBP JOHOR 2026

Semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh dan kesepaduan pasukan yang mantap telah dipamerkan oleh skuad bola jaring dalam Kejohanan Bola Jaring Pusingan Kelayakan SBP Johor yang berlangsung pada 22 hingga 24 April 2026 bertempat di SM Sains Sultan Iskandar & SMK Pai Chee.

Dengan bimbingan penuh dedikasi daripada barisan guru pengiring iaitu Cikgu Noorain, Cikgu Adibah Wafaa, Cikgu Suhaili dan Cikgu Huda, pasukan telah berjuang habis-habisan di setiap perlawanan. Setiap hantaran, setiap jaringan dan setiap strategi yang diterapkan mencerminkan komitmen serta semangat tidak mudah mengalah.

🌟 Walaupun tidak berjaya ke peringkat seterusnya semangat juang mereka wajar dibanggakan. Semoga ianya menjadi satu permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang. Jadikan setiap pengalaman di gelanggang sebagai pengajaran, setiap kekurangan sebagai ruang penambahbaikan, dan setiap cabaran sebagai pemangkin kejayaan.

Bangkit lebih kuat, berlatih lebih gigih, dan kembali dengan aura juara! πŸ’ͺπŸ”₯
Kerana kejayaan masa hadapan bermula dengan usaha tanpa henti hari ini.

IHSAN ILMU KHALIFAH


KEJOHANAN TENIS MSSD KLUANG 2026Sorakan gemuruh dan semangat juang yang membara telah mewarnai Kejohanan Tenis MSSD Klua...
27/04/2026

KEJOHANAN TENIS MSSD KLUANG 2026

Sorakan gemuruh dan semangat juang yang membara telah mewarnai Kejohanan Tenis MSSD Kluang 2026 yang berlangsung pada 21, 22 & 23 April 2026 bertempat di Gelanggang Tenis IKWAS Kluang.

Pasukan ini berjaya membuktikan bahawa kualiti mengatasi kuantiti dengan persembahan yang luar biasa dan penuh disiplin di gelanggang.

Kecekalan, fokus serta strategi permainan yang baik telah membuahkan hasil yang membanggakan:

πŸ₯‰ Tempat Ketiga (L15) – Ahmad Faiz
πŸ₯ˆ Naib Johan (L18) – Muhammad Imran
πŸ₯‡ Johan (L18) – Muhammad Rifai

Lebih membanggakan, ketiga-tiga atlet ini berjaya melayakkan diri ke peringkat MSSJ, sekali gus mengharumkan nama sekolah dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet, guru, ibu bapa serta pihak yang terlibat atas pencapaian yang gemilang ini. Semoga momentum kecemerlangan ini terus dipacu dengan semangat juang yang tidak pernah padam, seterusnya melakar lebih banyak kejayaan di pentas yang lebih tinggi! 🎾πŸ”₯

Anda memang hebat!

IHSAN ILMU KHALIFAH


Address

J16, Jalan Padang Tembak
Rengam
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM):

Share