02/03/2026
NEGERI SEMBILAN MODERN ART
(NeMA)
Bandar Sri Sendayan,
Seremban, Negeri Sembilan
SPECTRUM 68: ALAM & JIWA
1 Mac - 30 April 2026
10.00 am - 4.30 pm (Ramadhan)
Menghimpunkan 68 karya yang dihasilkan oleh 22 orang pengkarya di Negeri Sembilan, yang menampilkan kepelbagaian tema dan pendekatan visual.
Pameran ini merangkumi lanskap, alam semula jadi, alam buatan manusia, flora, fauna, figura serta eksplorasi abstrak yang mencerminkan dinamika seni kontemporari tempatan.
“Alam” dalam konteks ini merujuk bukan sahaja kepada persekitaran fizikal, tetapi juga ruang sosial dan pengalaman budaya yang membentuk identiti. “Jiwa” p**a dizahirkan melalui bahasa visual, komposisi dan interpretasi peribadi setiap pengkarya.
Melalui dialog antara representasi dan abstraksi, pameran ini memperlihatkan spektrum ekspresi yang luas - daripada pengamatan realiti hingga penerokaan imaginasi. Ia mencerminkan perkembangan seni visual Negeri Sembilan yang terus bergerak, bereksperimen dan berwacana dalam landskap seni semasa.
Terima kasih barisan pengkarya N9 yang hebat