16/04/2026
'Selami Sejarah, Hayati Warisan'
Di Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia, setiap sudut membawa anda mengembara ke zaman lampau, menyusuri cerita dan kisah yang membentuk identiti kita hari ini.
Kini, Pameran Keris 2026 menanti anda!!
Menonjolkan kehalusan seni pertukangan, teknologi, dan nilai simbolik keris sebagai warisan Melayu yang tak ternilai. Selain itu, ayuh jelajahi koleksi menarik lain yang menceritakan seribu cerita sejuta rasa pelbagai artifak dari dahulu hingga kini. Setiap artifak membawa kisahnya sendiri, menunggu untuk anda alami dan kongsi bersama keluarga serta sahabat.
Datanglah, lihat, rasai, dan jadikan pengalaman menyelusuri sejarah ini satu kenangan yang tidak akan dilupakan!
Terima kasih atas sokongan anda..Jom kita jumpa di muzium!
Jom follow kami di media sosial Muzium Pengurusan UUM
Intagram - Muzium Pengurusan UUM
Tik Tok - Muzium Pengurusan UUM