22/04/2025
🏍️ Ziarah Ukhuwah dari Rakan-Rakan Bikers Malaysia
Alhamdulillah, kami warga Masjid Raudatul Jannah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada team motorbike dari Malaysia yang sudi singgah dan menziarahi masjid kami baru-baru ini.
Kedatangan mereka bukan sahaja membawa semangat persaudaraan merentasi sempadan, malah diserikan lagi dengan penyaluran sumbangan ikhlas kepada pihak masjid bagi tujuan pembangunan dan pengurusan harian masjid ini. MashaAllah, satu contoh indah bagaimana minat permotoran boleh disatukan dengan nilai murni dan amal jariah. ❤️
Kami amat menghargai keprihatinan dan sokongan para rider ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian dengan ganjaran berlipat ganda dan memudahkan segala urusan dunia akhirat.
📣 Kami juga menjemput rakan-rakan rider lain yang berkunjung ke Betong untuk singgah solat dan ziarah ke Masjid Raudatul Jannah. Pintu kami sentiasa terbuka untuk tetamu Allah.
🌿 “Orang yang memakmurkan masjid ialah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat…” – Surah At-Taubah:18