Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP

Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP Wallahualam...
(1)

Diharap dgn tertubuhnya GSPP dan page ini, ia dapat memberi kesedaran sejarah bangsa Melayu yang hebat, kepada generasi muda pada masa sekarang, serta dapat menguatkan jati diri dan belajar dari sejarah yang lalu.

Kota Warisan Perai Trail
24/04/2026

Kota Warisan Perai Trail

19/04/2026

Jom layan lagu hasil dendangan Ai, "Seruan Terakhir Pahlawan Perai"

Kepada yang nak dapatkan buku Sejarah Kota Perai boleh pm admin, sementara stok masih ada.

**aupinang

Padang Ibu atau Padang Ibus?Nama sebuah kampung di Seberang Perai Tengah ini menimbulkan persoalan, adakah nama “Ibu” se...
15/04/2026

Padang Ibu atau Padang Ibus?

Nama sebuah kampung di Seberang Perai Tengah ini menimbulkan persoalan, adakah nama “Ibu” sebenarnya berasal daripada perkataan “Ibus”?

Ibus adalah nama pokok, “Pokok ibus” atau nama saintifiknya ‘Corypha Utan’, sejenis tumbuhan palma yang dipercayai wujud sejak ribuan tahun lalu. Ia ditemui begitu banyak, khususnya di utara Semenanjung.

Daun ibus berbentuk kipas dan pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter dan kekal berdiri teguh hingga ke akhir hayatnya. Menjelang penghujung hayat, pokok ini akan menghasilkan bunga dan buah sebagai pengeluaran terakhirnya.

Bilangan pokok ibus yang banyak terdapat di Perlis, Kedah dan Seberang Perai telah mendorong penamaan beberapa kampung sempena pokok tersebut. Di Perlis, terdapat Kampung Behor Ibus dan Kampung Utan Ibus. Di Kedah p**a, terdapat Alor Ibus dan Permatang Ibus.

Manakala di Seberang Perai, berkemungkinan besar Kampung Padang Ibu pada asalnya dinamakan Padang Ibus. Namun, lama-kelamaan sebutan “Ibus” berubah menjadi “Ibu” dan kekal digunakan hingga ke hari ini.

**aupinang

14/04/2026

Persempadanan Seberang Perai 1831

**aupinang

09/04/2026

Penentangan Tunku Sulaiman terhadap British di Bukit Merah, Seberang Perai

Berkunjung ke RUANG di Jalan Pasar, Butterworth, baru dibuka sebulan yang lalu, Ruang dibina sebagai pusat komuniti Thin...
06/04/2026

Berkunjung ke RUANG di Jalan Pasar, Butterworth, baru dibuka sebulan yang lalu, Ruang dibina sebagai pusat komuniti Think City di Seberang Perai. Banyak info dan buku berkaitan sejarah Seberang Perai boleh di dapatkan disini, para pengunjung boleh membaca dan juga membeli buku-buku yang ada di sini. Buku Kota Perai dalam Sejarah Pulau Pinang (1786-1874) pun ada di sini.

Premis dibuka pada pukul 9.00 pg - 3.00 ptg. Selain itu Ruang juga terbuka untuk digunakan oleh komuniti, organisasi serta individu yang berminat, menawarkan ruang untuk ditempah bagi menjalankan aktiviti komuniti seperti aktiviti perbincangan, mesyuarat, serta sesi pembangunan idea. Untuk tempahan boleh scan QR kod atau hubungi 011-37213040

05/04/2026

Konflik persempadanan Wilayah Perai dan Province Wellesley tahun 1831.

04/04/2026

Tunku Sulaiman, Pemerintah Wilayah Perai abad ke 19

**aupinang

03/04/2026

Tinggalan sejarah Kota Perai di Kampung Kota dan Kampung Terus, SPT.

01/04/2026

Tunku Sulaiman atau nama sebenarnya Tunku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Mukarram Shah, merupakan satu nama yang jarang sekali disebut dalam lipatan sejarah Pulau Pinang, khususnya di kawasan Seberang Perai. Malah, sebahagian besar masyarakat di Pulau Pinang dan juga Kedah sendiri tidak menyedari kewujudan tokoh ini dalam sejarah tempatan.

Namun di sebalik bayang-bayang sejarah, tersimpan kisah seorang pejuang yang gagah. Pada abad ke-19, Tunku Sulaiman muncul sebagai pemerintah Perai dengan gelaran Raja Perai, seorang pemimpin yang bukan sekadar mentadbir, tetapi turut mengangkat senjata mempertahankan tanah air. Beliau berdiri teguh menentang kuasa British di Seberang Perai, serta memainkan peranan penting membantu kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dalam usaha menentang penjajahan Siam demi merampas kembali kedaulatan negeri Kedah.

Namun perjuangannya tidak berakhir di medan tempur semata-mata. Tunku Sulaiman akhirnya ditangkap oleh pihak Siam, lalu dipenjarakan dalam keadaan yang penuh penderitaan. Di situlah berakhirnya riwayat seorang pejuang, apabila beliau akhirnya syahid, tanpa sempat menyaksikan Kedah kembali ke pangkuan kekandanya.

Walaupun pengakhirannya tragis, semangat dan jasanya tetap terpahat dalam sejarah, walaupun tidak diangkat sewajarnya.

Sudah tiba masanya nama Tunku Sulaiman diberi tempat yang selayaknya dalam sejarah negeri. Sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya, wajarlah namanya diabadikan pada jalan, sekolah, ataupun institusi agar generasi akan datang dapat mengenali dan mengingati seorang tokoh dan wira yang pernah mempertahankan tanah ini dengan darah dan nyawanya.

Address

Permatang Pauh
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP:

Share